Pegang Pasport Sendiri
Utusan Malaysia melapurkan hari ini Menteri Sumber Manusia sebagai berkata;
“Kita turut menerima aduan daripada majikan mengenai masalah amah ini dan ingin saya tegaskan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab kepada semua pihak terlibat iaitu pembantu rumah, majikan dan juga agensi perniagaan ini.
“Ini kerana mereka juga telah melabur berjuta-juta ringgit dan kadangkala turut menghadapi kerugian ke atas keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa, perkara ini akan dibincangkan,” katanya.
Pada masa sama, katanya, beliau berharap perbincangan antara kedua-dua negara akan dibuat dalam satu suasana terbuka demi kepuasan pihak yang terbabit.
Sebagai contoh kalau mahu diberi kebenaran kepada pembantu rumah untuk memegang pasport sendiri maka akan lebih banyak masalah akan kita hadapi nanti. Lagi pun pihak imigresen telah mengeluarkan i-Kad untuk pekerja asing. Ini boleh menggantikan pasport untuk mereka sebagai tanda pengenalan diri. Tahun lepas sahaja hampir 13000 pembantu rumah telah melarikan diri dari kontrak dan majikan. Bayangkan berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan agensi yang membawa mereka masuk ke Malaysia.