Soalan 1

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan khidmat pembantu rumah daripada agensi anda?

Anda boleh membuat pilihan dari biodata yang disediakan dilaman web ini dan kemudian mengisi borang permohonan secara online atau hubungi kami di nombor 
telefon 03 87366873.


Soalan 2

Berapa lamakah kontrak perkhidmatan seorang pembantu rumah?

Kontrak pembantu rumah yang dibekalkan oleh kami adalah untuk tempoh 2 tahun tetapi ianya boleh diperpanjangkan sekiranya terdapat persetujuan bersama 
diantara majikan dan pembantu rumah.


Soalan 3

Adakah taraf kesihatan pembantu rumah saya terjamin?

Pembantu rumah anda akan di hantar untuk medical check up dengan klinik yang 
diiktiraf oleh Foreign Worker's Medical Examination Monitoring Agency (FOMEMA) . Ini untuk memastikan pembantu yang akan bekerja di rumah anda adalah bebas dari sebarang penyakit berjangkit.


Soalan 4

Bagaimana sekiranya pembantu rumah saya yang baru tiba tersebut tidak lulus ujian kesihatan oleh FOMEMA?

Pembantu rumah yang gagal saringan Fomema akan dihantar pulang dan anda akan diberi gantian pembantu baru*.


Soalan 5

Bolehkah saya menyambung khidmat pembantu rumah saya untuk tahun berikutnya sekiranya pasport pembantu rumah saya akan tamat tempoh?

Anda masih boleh menyambung khidmat pembantu rumah anda sekiranya anda dapat memperbaharui pasport pembantu rumah anda. Agensi kami menyediakan khidmat memperbaharui (renew) pasport pembantu rumah. Sila hubungi kami untuk 
maklumat lanjut.

 

* Tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian pekerjaan